1) Music technology for special needs students.
Video ini memaparkan tentang penggunaan
alat muzik yang telah diberi nafas baru bagi memudahkan serta menarik minat
pelajar kelainan upaya untuk mempelajari tentang alat muzik. Kecanggihan
peralatan ini pasti akan menarik minat pelajar.
2) Smart devices for special educations.
Penggunaan teknologi dalam sistem
pendidikan sudah tidak asing lagi, malah semakin berkembang pesat. Bidang
pendidikan khas juga tidak ketinggalan merasai revolusi teknologi dan inovasi
yang sesuai pada zaman ini.
3) Romibo robot for education and autism.
Romibo bukan sekadar robot mainan biasa
tetapi romibo adalah robot yang mampu untuk berkomunikasi dengan baik. Oleh
itu, Romibo digunakan untuk menjadi teman dan guru bahasa bagi kanak-kanak
autism. Hasil penggunaannya, menjadikan
kanak-kanak autism mampu berkomunikasi dan lebih ceria.
4) Special educational needs : working with
children on physical activities.
Video ini mengenai teknologi “aerofloor”.
“Aerofloor” digunakan semasa aktiviti melompat atau fizikal di sekolah
pendidikan khas. Ini bagi menjamin keselamatan kanak-kanak kerana
sesetengah kanak-kanak pendidikan khas
sukar untuk mengimbangkan badan. Alat ini berbentuk seperti tilam dan
teksturnya yang lembut menjadikan aktiviti fizikal yang dilakukan selamat dan
menyeronokkan.
5) Future technology for handicapped.
Video ini menunjukkkan seorang wanita yang lumpuh mampu berjalan semua
dengan bantuan alat teknologi dan inovasi.
Alat ini sesuai untuk digunakan oleh golongan kurang keupayaan fizikal
kerana ia akan memudahkan mereka untuk berjalan dan tidak perlu menggunakan
kerusi roda lagi. Selain itu, aktiviti rutin juga menjadi mudah kerana mereka
tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi.
6) Elderly people and disabled latest innovations.
Video ini menunjukkan konsep inovasi mampu
menjadikan sesuatu alat atau objek itu menjadi pelbagai fungsi. Contohnya
seperti yang ditunjukkan oleh video ini, palang penyangkut tuala atau pakaian
diberikan nafas baru yang memberi kan banyak manfaat kepada insan-insan yang
memerlukan. Alat ini memudahkan
individu kurang keupayaan untuk melakukan urusan pengurusan diri secara lebih
peribadi dan selamat walaupun tidak
mendapat bantu orang lain.
7) Braille glove.
Video ini menunjukkan bahawa teknologi
memberikan banyak manfaat kepada individu kelainan upaya. Alat ini hanya perlu
dipakai di tangan dan wayar yang sedia ada perlu disambungkan kepada telefon
pintar. Penggunaan alat ini juga adalah sangat mudah iaitu pemakainya hanya
perlu menggerakkan jari mengikut kod braille setiap huruf yang ingin ditaip
untuk menghantar pesanan ringkas ataupun
mengemaskini media sosial. Selain itu, alat ini juga boleh mengeluarkan suara
untuk membaca pesanan yang dihantar kepada penggunanya.
Video ini menunjukkan bagaimana inovasi
kepada sarung tangan boleh membantu individu istimewa untuk berjalan di tempat
awam tanpa menggunakan tongkat. Alat ini menggunakan teknologi ultrasonic yang mampu mengesan objek atau
manusia yang berada dalam jarak 10 kaki.
9) Blind man can see with new technology : Plastic
fantastic brain.
Video ini menunjukkan seorang lelaki yang
mempunyai masalah kurang keupayaan penglihatan sejak lahir ini mampu untuk
melihat semula dengan menggunakan alat hasil daripada teknologi dan inovasi.
Alat tersebut berfungsi dengan getaran dan
ransangan daripada baahgian tengah lidah.
10) What is AAC? Augmentative and Alternative
Communication.
AAC adalah satu aplikasi di dalam tablet
pintar yang dicipta untuk membantu kanak-kanak kelainan upaya supaya boleh
berkomunikasi dengan baik. Program ini menggunakan konsep belajar sambal
bermain dan telah mendatangkan banyak kesan positif kepada kanak-kanak kelainan
upaya.
No comments:
Post a Comment