Monday, May 4, 2020

Pertama selepas 2 tahun.



Fuhhhh! FUHHHH! Fuhhhh! 
*tiup habuk*


Post pertama selepas 2 tahun tak update blog.
Post pertama juga untuk tahun 2020.
Bersawang blog aku. Lama tak update tapi hari ni rasa nak update blog.
Puncanya?
 KELAS ONLINE

Studygram: track your productivity during a study session - The Hindu

Semoga semua sihat sejahtera  disamping dan berada dalam lindungan Allah.
18032020 : 
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) / Movement Control Order (MCO) fasa 1
dilaksanakan akibat pandemic Covid19 / corona virus.

01042020 -14042020 : PKP fasa kedua.

15042020 - 28042020 : PKP fasa ketiga.

29042020 - 12052020 : PKP fasa keempat.

Jadi, sekarang dalam fasa keempat. Malaysia dalam fasa pemulihan. Alhamdulillah. Bagi menjamin keselamatan dan penularan virus, makanya pelajar / murid diberikan cuti tetapi masih perlu menghadiri kelas online  di pelbagai platform ; Google meet / Google teams/ Telegram/ WhatsApp dan sebagainya. Itulah yang aku buat tadi, kelas online .

Masih membawa gelaran seorang pelajar dan bakal pendidik.
Masih belajar bangkit walaupun berkali-kali tersungkur.
Masih cuba perbaiki diri walau sedar bersusun-susun kesilapan lalu.
Masih mengimbangi cita dan cinta.
Masih berjuang dengan penulisan thesis.
Moga setiap titisan keringat, air mata dan cabaran menjadi asbab kejayaan di kemudian hari.
Moga mampu berjaya dunia dan akhirat.
Moga dapat bergraduasi dengan jayanya hujung tahun depan.
Amiinnn.