Pada
zaman yang pesat membangun ini, teknologi dan inovasi semakin giat
diperkembangkan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perubatan, pelancongan
dan sebagainya. Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan menerima tempias
teknologi dan inovasi. Antara contoh alat teknologi dan inovasi dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah seperti berikut :-
1) Looking
Glass I-pad / Transparent I-pad
Transparent I-pad membolehkan pengguna
seperti guru dan pelajar memperolehi
sesuatu maklumat dengan mudah. Ia berbentuk seperti I-pad dan bersifat
lutsinar. Antara fungsinya ialah apabila seseorang individu ataupun pengguna itu
melihat sesuatu objek sama ada pokok, bangunan, haiwan atau apa-apa sahaja, dan
tertanya-tanya mengenai objek tersebut, pengguna hanya perlu menghalakan
Transparent I-pad ini kearah objek tersebut dan secara automatik Transparent
I-pad ini akan menunjukkan beberapa carian jawapan yang telah dijumpai di dalam
sistem.. Alat ini juga sangat membantu untuk individu menjaga kesihatan dan mengetahui mengenai
nutrisi pemakanan dalam setiap makanan yang disajikan di restaurant.
Gambar di atas, menunjukkan wanita tersebut sedang
menggunakan alat berteknologi virtualyang disebut sebagai Wear VR920.Disebut
sebagai VR920 merujuk kepada konsep “virtual dan realiti” manakala “920”
merujuk kepada hari produk ini dilancarkan iaitu 20 September 2013. Alat ini berfungsi
sebagai output video. Ia boleh melihat pelbagai maklumat seperti yang terdapat
dalam komputer melalui kaca mata tersebut. Penggunaan alat ini mampu untuk
menarik minat pelajar serta membantu guru untuk mendapatkan maklumat dengan
cepat untuk disampaikan kepada pelajar.
3) 3D Hologram
Teknologi Hologram ini telah diaplikasikan pada
televisyen yang menggunakan sistem 3D Hologram. Teknologi terbaru ini
menjadikan gambar-gambar kelihatan seakan-akan keluar dari layar paparan..
Teknologi holografik ini memudahkan para pengguna untuk merasakan gambaran tersebut
menjadi realiti. Gambar atau objek yang dilihat sebenarnya hanyalah ilusi. Ini
kerana ia telah diolah menjadi data-data pixel holografik oleh sistem di dalam
komputer dan sistem akan menghantar signal dengan dua pancaran laser. Hasil daripada
proses tersebut akan direkod dan dipancarkan semula kepada para pengguna. Dari
sudut pengajaran dan pembelajaran, teknologi ini akan membantu guru untuk
menyampaikan pengajaran walaupun tidak hadir ke kelas untuk mengajar pada hari
tersebut. Teknologi ini sangat membantu untuk meringankan beban tugas guru itu
sendiri.
4) Alat Pelukis Garisan
Alat
ini digunakan untuk melakarkan garisan dengan hanya menggunakan pen atau pensil
dengan tepat dan tanpa perlu menggunakan
pembaris lagi. Cara penggunaannya hanya dengan meletakkan pen atau
pensil seperti di dalam gambar. Kemudian, tarik perlahan-lahan untuk
menggerakkan roda sehingga garisan lurus
terlakar. Alat ini telah dicipta oleh seorang rakyat Korea yang bernama Giha
Woo.
Bat
Mouse Terbang ini mempunyai fungsi seperti tetikus pada komputer. Alat ini akan
melayang hingga ketinggian 40 mm dengan sendirinya atau 10mm di bawah kawal
tangan manusia. Cara untuk mengawal alat ini ialah dengan menggunakan cincin
magnetic yang didatangkan bersama-sama tetikus ini. Selain itu, alat ini juga
dapat mencegah kerosakan pada saraf tangan pengguna yang sering menggunakan
tetikus di pejabat ataupun di rumah. Ia dicipta secara khusus untuk mencegah
mereka yang menggunakan tetikus secara kerap dari kesakitan di pergelangan
tangan, jari, dan bahu (sindrom carpal tunnel). Sindrom tersebut terjadi akibat
penggunaan mouse dalam jangka panjang. Alat ini didatangkan dalam dua warna iaitu
hitam dan putih.
Implan
koklea adalah alat bantuan pendengaran yang memberi rangsangan auditori kepada
individu yang mengalami masalah pendengaran. Dihasilkan dengan dua bahagian
iaitu elektrod penerima dan magnet perangkai yang ditanam di belakang telinga
manakala bahagian luar bertindak sebagai pemproses pertuturan.Setiap satunya
dikhususkan untuk individu yang mengalami masalah pendengaran semulajadi sejak
lahir atau separa dan mereka yang lahir tanpa lubang telinga. Jika dulu implan koklea
hanya membantu pendengaran, sesuai dengan perubahan teknologi generasi baru
koklea ini berupaya meningkatkan kualiti kehidupan individu yang memakainya.
Alat ini membantu untuk individu bermasalah pendengaran untuk mendengar semasa
guru mengajar di kelas.
Alat bantu OKU bertapak ini telah diuji keberkesannya
sehingga ke Kutub Selatan walaupun pada awalnya pencipta alat ini sendiri tidak
berani menaruh sebarang harapan. Namun, Geran Korgan, seorang atlet yang berani dan kurang upaya yang
hilang kawalan ke atas kakinya selepas kecederaan adalah satu langkah lebih
dekat untuk mencapai matlamat beliau dengan dua konsep inovatif hijau. Yang
pertama adalah sistem photovoltaic, Sherpa 120 Pengembaraan Kit, dibangunkan
oleh Goal Zero, direka untuk menjana kuasa semua jenis alat, daripada telefon
pintar dan komputer riba, GPS, lampu dan peranti USB. Kit datang dengan panel
solar dan boleh cas semula peranti dalam cara yang mesra alam dalam sehingga 5
jam. Yang kedua adalah sepasang stoking dipanaskan berteknologi tinggi, yang
dilancarkan di pasaran oleh satuan Therma-ic, yang dilengkapi dengan pek bateri
PowerSock, mengekalkan kehangatan kaki Korgan dan membantu dia menyelesaikan
misinya. Alat ini sangat membantu mereka yang tidak mempunyai kaki untuk
kelihatan normal semula seperti individu yang lain.
USB
Flash Drive konvensional akan digantikan kedudukan dan fungsinya oleh sebuah
peranti baru yang dinamakan Datastickies. Penyimpan memori data ini diproduksi
senipis kain dengan bentuk yang lebih mirip
seperti kertas post-it, alat ini punya kemampuan memindah data hanya
dengan menampalkannya pada komputer atau tablet dengan pelekat khusus.
Penciptanya bernama Aditi Singh telah Berjaya mencipta peranti tersebut dari graphene, bahan konduktif super kuat
yang dilapisi atom karbon. Untuk memakainya, alat ini boleh disusun bertompok
bersama kertas post-it dan boleh di tarik satu per satu apabila anda ingin
memindahkan data ke perangkat/peranti yang lain. Datastickies akan dijual dalam
berbagai warna dan pola. Ukuran saiz peranti terbesar adalah 32GB.
Alat
ini dinamakan sebagai digital switcher selector. Ia berfungsi sebagai alatan
ICT untuk menghidupkan ataupun
mematikan beberapa jumlah saluran speaker kelas hanya dengan satu suis sahaja.
Selain itu, ia juga boleh menghidupkan atau mematikan satu group saluran
speaker kelas (Group kelas 1, 2, atau 3 sahaja) hanya dengan satu suis. Setiap
saluran memiliki indikator lampu yang menyala pada saat saluran aktif sehingga
mudah untuk diketahui. Jumlah saluran tidak terbatas kerana ia dapat
dikembangkan sesuai dengan keperluan pihak pengguna seperti pihak pentadbiran
sekolah serta guru-guru. Penggunaan alatan ini lebih kelihatan professional dan
mengikut peredaran semasa.
Di
negara barat, rata-ratanya kebanyakan sekolah menyediakan alatan ini iaitu alat
sistem tindakbalas pelajar. Alat ini akan yang membantu pelajar untuk memberi
respon terhadap pembelajaran yang sedang berlangsung. Alat ini membantu guru
dan pelajar untuk lebih terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang
sedang berlangsung. Selain itu, pelajar tidak perlu lagi ragu-ragu mahupun
malu-malu mengangkat tangan untuk
menyatakan ketidakfahaman mereka kerana melalui alat ini segala respon pelajar
akan dihubungkan kepada alat tindakbalas khas yang disediakan untuk guru.
No comments:
Post a Comment