Diantara
jangkaan saya terhadap kursus ini ialah kursus ini dapat membantu saya
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan saya mengenai teknologi sesuai dengan
peredaran zaman. Di samping itu, sebagai pelajar bidang pendidikan dan seorang bakal
guru saya berpendapat kursus ini akan dapat membantu saya untuk menyediakan medium
pengajaran yang menarik dan tidak hanya bergantung kepada penggunaan buku teks semata-mata.
Selain itu,saya menjangkakan konsep inovasi pula akan banyak membantu saya
untuk lebih menerokai penggunaan
teknologi yang semakin pelbagai kepenggunaannya. Akhir sekali, saya percaya
bahawa subjek teknologi dan inovasi dalam pendidikan akan banyak memberikan
manfaat kepada diri serta kerjaya saya yang akan datang sekaligus membantu saya untuk menjadi antara pendaulatkan amanah negara yang sentiasa mengilhamkan harapan sehingga mampu mencipta sesuatu yang lebih baik di masa hadapan. Sekian, terima kasih.